About Me

My photo
Saya orang Bandar Baru Bangi. Berkerja sebagai Pegawai Latihan Vokasional di ILP Kepala Batas. Mencoret kehidupanku di Bertam..

Tuesday, November 16, 2010

Wednesday, November 10, 2010

Supervise Project Contractor

          
Kontraktor adalah pihak yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja atau projek yang ditawarkan oleh klien berdasarkan keupayaan kontraktor dari semua aspek termasuk pengurusan, pentadbiran, logistik dan kenderaan . Kontraktor yang dipilih ini mestilah memahami skop kerja dengan sejelas-jelasnya, masa untuk penyiapan dan hubungan kerjanya dengan lain-lain aktiviti serta hubungannya dengan pihak pelanggan.



         Sebaik perlantikan dibuat, pihak kontraktor hendaklah membuat ikatan atau perjanjian yang sah dari segi undang-undang dan obligasi-obligasi yang harus dilaksanakan seperti garis hubungan tentang laporan dan arahan diantara kontraktor dan juga konsep bayaran hendaklah dinyatakan sepenuhnya.

              Matlamat utama kontraktor adalah untuk menyiapkan kerja dengan memenuhi syarat-syarat  tempoh, harga dan mutu kerja yang telah dipersetujui. Selain dari itu, kontraktor juga ingin mencari serta mendapatkan peluang perniagaan yang dapat memuaskan kehendak pelanggan dan memimpin warga kerja organisasi secara sistematik.

               Sebelum memulakan kerja, amatlah penting untuk semua pihak yang terlibat bekerjasama sebagai satu pasukan untuk merancang perlaksaan yang teratur dan berkesan.

Dokumen  Kontrak
         
         Segala jenis surat, perjanjian, tawaran, rekod, arahan atau aduan daripada pihak pelanggan, wakilnya atau daripada pihak luar dipanggil dokumen kontrak.

         Di antara jenis dokumen yang bersangkutan dengan kontrak adalah seperti:

·         Dokumen kontrak
·         Arahan – arahan pelanggan / wakil pelanggan
·         Catatan Harian di tapak ( Site Diary )
·         Tuntutan kemajuan ( Progress Claim )
·         Bayaran kemajuan ( Progress Payment )
·         Perubahan kerja dan rundingan harga serta pelarasan jumlah harga kontrak
·         Perubahan Kerja ( Variation Order )
·         Arahan Tapak ( Site Instructions )
·         Laporan kemajuan bulanan ( Monthly Progress Report )
·         Minit mesyuarat dalaman dan mesyuarat tapak ( Meeting Minutes)
·         Dokumen perlantikan
·         Sebarang surat menyurat

Kaedah-kaedah penyemakan, kelulusan dan pengagihan dokumen –dokumen  tersebut
perlu dipatuhi dan hendaklah dinyatakan dengan jelas.

Link: Pusat Khidmat Kontraktor

Sejarah Telefon Bimbit



Link: Youtube

Pendawaian Rangkaian

  
Topologi Bas (Bus)


Topologi Bintang (Star) 


  
Topologi Cincin (Ring) 





Topologi Mesh


Topologi Hybrid



Pengagihan Rangkaian Pelanggan


TUJUAN :

Tujuan tajuk pengajaran RANGKAIAN PENGAGIHAN PELANGGAN ini ialah untuk menerangkan bagaimana pengagihan kabel dilaksanakan.Ia juga adalah untuk memastikan pelatih-pelatih boleh mengetahui bagaimana pengagihan kabel melalui bawah tanah (underground) dan atas (overhead) dilakukan dan mengetahui  jenis-jenis pemasangan atau pendawaian yang akan dilakukan sehingga ke rumah pelanggan.


Merujuk kepada rajah 1, pengagihan kabel bermula daripada Ibusawat Telekom (Exchange) hingga ke rumah pelanggan. Kebiasaannya,kabel utama yang digunakan ialah jenis PCUT (Paper Core Unit Twin) dan PEUT (Polyethylene Unit Twin). Kabel PCUT adalah kabel yang mula-mula digunakan, tetapi sekarang pihak Telekom telah menggunakan kabel PEUT pada setiap pemasangan. Saiz kabel PEUT terdiri daripada 2400 pairs, 2000 pairs, 1600 pairs, 1400 pairs, 1200 pairs, 1000 pairs, 800 pairs, 600 pairs, 400 pairs, dan 200 pairs.
Saiz / bilangan maksima bagi PEUT kabel  ialah 2400 pairs dan saiz minimanya ialah 200 pairs.

Penyambungan kabel PEUT bermula daripada bilik MDF (Main Distribution Frame) dan disambungkan ke kabel luar didalam vault closure joint. Kabel utama akan melalui cable chamber di bahagian bawah Ibusawat Telekom (Exchange), ducts (Sesalur) dan Manhole hingga ke Kabinet atau SDF (Subcriber Distribution Frame) di dalam bangunan.

Kabel utama telah di masukkan tekanan gas dengan menggunakan sistem CGPA (Computerized Gas Pressure Alarm System) dengan menggunakan dry air  didalam vault closure.Ducts digunakan adalah untuk memasang kabel baru dan ia juga adalah untuk melindungi kabel terdedah daripada kerosakkan. Terdapat dua jenis ducts yang digunakan iaitu PVC dan G.I pipe. Ducts jenis PVC biasa digunakan pada kawasan pemasangan yang normal, manakala G.I pipes digunakan sekira pemasangan kabel tersebut melintangi jambatan, longkang dll. Sub-ducts pula dipasang didalam ducts khas untuk pemasangan kabel Fiber Optic.

Kedudukan jarak maksima bagi Manhole ialah 220 meter. Manhole digunakan adalah untuk menempatkan kabel-kabel yang telah disambungkan (Jointing Cable), dimana kabel yang bersaiz besar bersambung dengan kabel yang bersaiz kecil. Contohnya ; 2400 pairs disambungkan kepada 2 daripada 1200pairs, manakala 1200 pairs disambungkan kepada 2 daripada 600 pairs. Saiz conductor gauge bagi setiap wayar ialah 0.4 mm, 0.5 mm, 0.63 mm, 0.9 mm dan 1.27 mm. Bilangan maksima kabel yang disambungkan ke Kabinet ialah 600 pairs – ’E’ side / Primary cable.  Rujuk rajah 1.

Kabinet adalah flexibility point, ia disambungkan ke ’D’ side pairs dengan menggunakan jumper wires. Jumper wires berwarna biru dan putih berdiameter 0.5 mm digunakan untuk termination litar yang biasa, manakala jumper wires yang berwarna  merah dan jingga berdiameter 0.5 mm digunakan untuk litar yang penting contohnya; leased circuit, data circuit dll. Kabinet juga digunakan sebagai tempat untuk mengesan kerosakkan diantara kabel-kabel ’E’ dan ’D’ side.

Daripada Kabinet, PEUTFF (Polyethylene Unit Twin Fully Filled) disambungkan kepada hujung ’D’ side kabel dan diagihkan kepada DP’s (Distribution Pole).  Kabel PEUTFF mempunyai beberapa saiz pairs iaitu 10, 20, 30, 50, 100 dan 200 pairs. Terdapat beberapa jenis saiz conductor gauge bagi setiap wayarnya iaitu 0.5 mm, 0.63 mm, 0.9 mm dan 1.27 mm.

Kabel PEUTFF digunakan sebagai underground feed ke DP’s atau disambungkan ke kabel PEUTIB (Polyethylene Unit Twin Integral Bearer) melalui Pole ke DP’s. Saiz bilangan kabel PEUTIB terdiri daripada 5, 10, 20, 30, 50, 100 dan 200 pairs. Terdapat beberapa jenis saiz conductor gauge bagi setiap wayarnya iaitu 0.5 mm, 0.63 mm, 0.9 mm dan 1.27 mm.

Laluan pada setiap pole terdapat stays dan struts. Telekom Malaysia menggunakan tiga jenis pole iaitu :-

1)               Iron Poles – 6.7 m dan 7.6 m.
2)               Concrete Poles – 7.5 m.
3)               Wooden Poles – 6.7 m dan 7.9 m.

Stay dan struts digunakan untuk mengukuhkan kedudukan pole daripada tension kabel dan tekanan daripada tiupan angin. Terdapat empat jenis stays yang digunakan iaitu Terminal stays, angle stays, Longitudinal stays dan Transverse stays. Jika di kawasan tersebut tidak sesuai atau tidak boleh untuk menggunakan stay, ia akan digantikan dengan strut.

 
External DP’s / DP box yang dipasang pada pole mengandungi 10 pair DP’s. Walaubagaimanapun, 9 point sahaja yang akan disambungkan kepada rumah pelanggan, manakala  1 pair yang tinggal akan digunakan untuk tujuan pengujian talian ke Exchange.

Daripada DP, dropwire No.4 digunakan untuk disambungkan ke lightning arrestor di rumah pelanggan. Daripada Lightning arrestor, kabel mark III akan digunakan dan disambungkan ke soket telefon / termination box. Telefon cord / RJ-11 akan dipasangkan ke soket telefon dan ia boleh digunakan untuk penggunaan telefon atau untuk melayari internet.

WIM: Site Survey

Link: Telekom Malaysia


Intro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat Datang!
Anda kini berada dalam alam blog Teknologi Telekomunikasi...
Segala yang berkaitan dengan Teknologi Telekomunikasi akan dikongsi di sini.