About Me

My photo
Saya orang Bandar Baru Bangi. Berkerja sebagai Pegawai Latihan Vokasional di ILP Kepala Batas. Mencoret kehidupanku di Bertam..

Wednesday, November 10, 2010

Supervise Project Contractor

          
Kontraktor adalah pihak yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja atau projek yang ditawarkan oleh klien berdasarkan keupayaan kontraktor dari semua aspek termasuk pengurusan, pentadbiran, logistik dan kenderaan . Kontraktor yang dipilih ini mestilah memahami skop kerja dengan sejelas-jelasnya, masa untuk penyiapan dan hubungan kerjanya dengan lain-lain aktiviti serta hubungannya dengan pihak pelanggan.



         Sebaik perlantikan dibuat, pihak kontraktor hendaklah membuat ikatan atau perjanjian yang sah dari segi undang-undang dan obligasi-obligasi yang harus dilaksanakan seperti garis hubungan tentang laporan dan arahan diantara kontraktor dan juga konsep bayaran hendaklah dinyatakan sepenuhnya.

              Matlamat utama kontraktor adalah untuk menyiapkan kerja dengan memenuhi syarat-syarat  tempoh, harga dan mutu kerja yang telah dipersetujui. Selain dari itu, kontraktor juga ingin mencari serta mendapatkan peluang perniagaan yang dapat memuaskan kehendak pelanggan dan memimpin warga kerja organisasi secara sistematik.

               Sebelum memulakan kerja, amatlah penting untuk semua pihak yang terlibat bekerjasama sebagai satu pasukan untuk merancang perlaksaan yang teratur dan berkesan.

Dokumen  Kontrak
         
         Segala jenis surat, perjanjian, tawaran, rekod, arahan atau aduan daripada pihak pelanggan, wakilnya atau daripada pihak luar dipanggil dokumen kontrak.

         Di antara jenis dokumen yang bersangkutan dengan kontrak adalah seperti:

·         Dokumen kontrak
·         Arahan – arahan pelanggan / wakil pelanggan
·         Catatan Harian di tapak ( Site Diary )
·         Tuntutan kemajuan ( Progress Claim )
·         Bayaran kemajuan ( Progress Payment )
·         Perubahan kerja dan rundingan harga serta pelarasan jumlah harga kontrak
·         Perubahan Kerja ( Variation Order )
·         Arahan Tapak ( Site Instructions )
·         Laporan kemajuan bulanan ( Monthly Progress Report )
·         Minit mesyuarat dalaman dan mesyuarat tapak ( Meeting Minutes)
·         Dokumen perlantikan
·         Sebarang surat menyurat

Kaedah-kaedah penyemakan, kelulusan dan pengagihan dokumen –dokumen  tersebut
perlu dipatuhi dan hendaklah dinyatakan dengan jelas.

Link: Pusat Khidmat Kontraktor

No comments:

Post a Comment